Monday, January 5, 2009

makan time : 04012009




makan pagi menu for today : rumput ulan .. yam yam yam

introducing "Lalok" .. anak kambing yg manja !


anak kambing yang comel, manja dan lalok .. nama lalok sebab masa baru lahir, x kenal ibu sendiri, semua ibu yang ada susu, dia pi menyusu .. sbb tu sihat dan gemuk ..

Saturday, January 3, 2009

KENALI JENIS-JENIS KAMBING























KENALI JENIS-JENIS KAMBING

KAMBING BOER

Asal usul Kambing Boer pada dasarnya tidak begitu jelas, tetapi ramai penyelidik mempercayai ia mempunyai gene pool dari pelbagai baka terutama kambing asli Afrika yang menjadi binatang ternak suku Namaqua Hottentots dan suku asli yang berhijrah dipanggil ‘Souhtern Bantu’.
Di percayai juga terdapat pengaruh kambing dari India, Angora dan Eropah. Kelahiran kambing polled (tidak bertanduk) dipercayai mempunyai pengaruh baka kambing susu dari Eropah. Boer bermaksud ‘farm’ atau ‘ladang’ dalam bahasa Belanda. Boer yang kelihatan hari ini telah ujud semenjak awal 1900an apabila beberapa ladang di Wilayah Timur Cape, Afrika Selatan mula membuat pemilihan baka untuk tujuan pengeluaran daging kambing. Pada 1959 , pembiakkan dan pemilihan Kambing Boer mula di kawalselia oleh Boer Goat Breeder’s Association (South Africa).
Berdasarkan Piawaian Baka oleh Boer Goat Breeder’s Association of South Africa, ciri-ciri Boer yang ideal adalah berbadan putih dan coklat/merah dikepala dan leher ( blaze). Kehaziran tompok coklat/merah dibahagian badan pada kadar minima adalah dibenarkan.Boer adalah binatang yang kuat dan mantap, konformasi badan yang baik. Kaki nya pendek , tegap , berisi serta paha dan bahagian belakang yang tegap dan berotot. Ianya jelas menggambarkan ciri-ciri kambing daging yang baik. Nota: Ciri-ciri Boer Standard boleh diperolehi dari : http://www.embryoplus.com/other_boergoat_standards.html
Kambing Boer Jantan mencapai berat 110-135 ketika matang manakala kambing betina 90-100 kg. Daging Boer terkenal tentang keenakannya. Buat masa ini ia mendapat pasaran yang begitu tinggi di Amerika Syarikat terutama untuk kacukan Boer yang mempunyai 75% atau lebih darah Boer. Boer kini menjadi kegilaan pengusaha/penternak di Malaysia (selain Peranakan Ettawah/PE) dan banyak negara di dunia. Akhir-akhir ini baka Boer dan Boer Kacukan semakin sukar diperolehi.
Ringkasan Ciri-ciri Boer
* Mempunyai gene pool dari pelbagai baka terutama kambing asli Afrika* Diternak suku Namaqua Hottentots dan suku Southern Bantu* Terdapat pengaruh kambing India, Angora dan Eropah* Berbadan Putih & Coklat/ Merah dari kepala ke leher* Konformasi badan yang baik, tegap dan mantap. Kaki pendek, tegap, berisi serta bahagian paha dan belakang yang tegap dan berotot.

KAMBING KATJANG

Kambing Kacang yang dipercayai berasal dari Malaysia dan Indonesia.
Ia merupakan baka asas yang perlu dipertingkatkan. Walaupun ianya kecil dan pendek, kambing Kacang amat tahan lasak Mengikut kajian Jabatan Perkhidmatan Haiwan, hanya 40% kambing tempatan yang dilihat dikampung-kampung merupakan kambing Kacang (asli) , selebihnya adalah kambing kacukan dengan pelbagai baka yang telah dibawa masuk ke Malaysia.
Selain dari saiz badannya, ia mempunyai tanduk yang melentur ke atas dan kebelakang. Telinganya tegak kesisi dan janggut terdapat pada kambing jantan dan jarang pada kambing betina. Dari pandangan sisi, mukanya kelihatan lurus dan tirus. Lehernya pendek dan bahagian belakang lebih tinggi dari bahu. Kulit badannya nipis tetapi berbulu kasar.
Warna bulu biasanya hitam, coklat dan kadangkala terdapat tompok-tompok putih dikaki atau badan.Purata ketinggian 55-60 cm. Kadar kelahiran kembar adalah baik dan pengeluaran susu adalah sedikit ia itu 0.3 kg/hari (3 bulan pertama) dan 0.2 kg/hari (4-6 bulan). Berat lahir ialah 1.6 kg (Jantan) dan 1.8 kg (Betina) manakala berat dewasa , 25-30 kg (Jantan) dan 20-25 kg (Betina).


KAMBING JAMNAPARI
Kambing Jumna Pari atau Jamnapari mengambil nama sempena sungai Jamna (Jamna par) di Uttar Pradesh , India dimana ia banyak terdapat. Kambing Jamnapari juga banyak terdapat di Agra, Mathura dan daerah Etawa di Uttar Pradesh , Bhind dan daerah Morena diMadhyaPradesh.Walau bagaimanapun dipercayai baka Jamnapari berdarah tulin (fullblood) *****a terdapat di 80 buah kampung di pinggiran Batpura dan Chakar Nagar di daerah Etawa. Jamnapari tulin (Fullblood) sudah menuju kepupusan dimana bancian 1972 mendapati Jamnapari Tulin terdapat kurang 5000 ekor di India dan kebanyakannya terdapat di kawasan Chakar Nagar (antara lurah Jamna dan Chambal).
Jamnapari bersaiz besar. Terdapat kepelbagaian warna bulu. Walaubagaimanapun warna putih dengan sedikit (patches) warna gelap di kepala dan leher merupakan warna yang biasa kelihatan. Hidungnya amat cembung (highly convex nose line) dengan sekelompok bulu diatasnya. Mulut nya berbentuk ‘parrotmouth’ . Telinganya amat panjang (26.79cm) , berlipat dan jatuh kebawah. Kedua-dua jantina mempunyai tanduk (8.69cm). Ekor pendek dan kurus. Bulu yang tebal dan panjang di bahagian paha dan pinggul , dikenali sebagai ‘feathers’ merupakan ciri yang utama. Jamnapari juga dipanggil kambing dwi-guna kerana pengeluaran susunya yang baik selain daging. Labu susunya berkembang baik seperti baka-baka susu dengan puting susu yang besar.PE atau Peranakan Ettawah merupakan istilah baka kambing yang merujuk kepada Jamnapari Kacukan yang digunakan di Indonesia dan menjadi antara baka pilihan ramai pengusaha/penternak di Malaysia . Ettawah merujuk kepada Etawa yang merupakan daerah Etawa di Uttar Pradesh di mana salah satu tempat Jamnapari banyak terdapat dan Peranakan bererti Kacukan. PE pada dasarnya adalah kambing kacukan antara Jamnapari/Ettawahdan kambing Kacang.
Jamnapari mula di impot ke Indonesia dari daerah Etawa, India sejak 1953. Tetapi dipercayai sejarah Jamnapari di Indonesia jauh lebih awal iaitu sejak zaman Belanda lagi, dipercayai sekitar 1931. Pada dasar nya istilah Peranakan Ettawah Tulin atau PE Tulin seperti yang lazim dikatakan oleh ramai pengusaha/penternak adalah tidak tepat kerana PE tidak pernah di daftarkan sebagai satu baka (breed). Pengusaha di Indonesia mengredkan PE hanya mengikut pandangan mata dan menjadikan ciri-ciri Jamnapari Tulin sebagai asas – diantaranya ciri muka, hidung, mulut, ‘feathers’, warna bulu , saiz , dll.
Di Indonesia PE dikacukkan dengan Saanen untuk menghasilkan baka kacukan tenusu yang berupaya mengeluarkan 1.5 ke 3 liter susu sehari. PE juga dikacukkan dengan baka-baka tempatan seperti Kacang dan Kambing Jawa dan di namakan Kaplo (Kaploh), Kaprindo, Bligon, Jawa Rando (Jawa Randu / Jawarandu) dll. yang merupakan baka kacukan yang amat sesuai untuk pembiakan kambing pedaging . Saiz nya lebih kecil dari PE tetapi lebih lasak dan mudah diternak. Pada masa ini Indonesia mempunyai 12 - 13 juta ekor populasi kambing (PE, Kacang, Kambing Jawa, Jawarandu, Kaplo, Bligon, Kaprindo, Kambing Marica (Sulawesi), Kambing gembrong (Bali) dan Kacukan Saanen, British Alpine dan Anglo Nubian) dan 3 - 4 juta ekor bebiri/domba (Domba Garut/Domba Periangan, Domba Asli Indonesia/Kampung , Domba Ekor Gemuk serta Domba Merino, Suffolk, Dorset dan Barbados Blackbelly )- Maklumat berdasarkan perbincangan penulis dengan Balai Penelitian Ternak , Bogor.Walau bagaimanapun berdasarkan maklumat tahun 2000 , dianggarkan Indonesia mempunyai populasi kambing berjumlah 15,209,720 juta ekor keseluruhannya. 60% dari populasi tersebut terdapat di Pulau Jawa atau 8,783,890 ekor. Diluar Jawa, wilayah yang mempunyai populasi kambing yang tinggi adalah ; Sumatera Utara ( 924,780 ekor), Lampung (747,806 ekor), Aceh ( 681,823 ekor), Sulawesi Selatan (522,267 ekor), dan Sumatera Selatan (493,057 ekor).PE banyak terdapat di Kaligesing, Purworejo (Jateng), Girimulyo, Kulonprogo dan Turi, Sleman (Yogyakarta). Kambing PE juga telah berkembang di Jawa Barat, Jawa Timur, Lampung, Bali dan Tegal, Jawa Tengah.

KAMBING SAANEN

Saanen berasal dari Lembah Saanen di Switzerland. Ia merupakan baka kambing tenusu yang popular. Secara am nya ia sejenis haiwan yang tenang , tidak mudah teruja (placid nature).
Kulitnya berwarna tan atau olive dan diliputi bulu putih atau krim yang halus & pendek (short fine white coat).Tompok hitam mungkin terdapat dikulit telinga, hidung dan labu susu. Hidungnya lurus dan muka berbentuk segitiga. Telinganya sederhana dan tegak kesebelah dan kedepan. Tanduk didapati pada jantan dan betina dengan kekacang dileher. Ekornya tipis dan pendek dan mempunyai kaki lurus dan kuat.
Berat lahir adalah 3.0 kg (Jantan) dan 3.3 kg (Betina) sementara berat dewasa 68-91 kg (Jantan) dan 36-63 (Betina). Tinggi yang ideal untuk Doe adalah 81 sm dengan berat lebih kurang 61 kg, manakala Buck, 94 sm dan berat 81 kg. Pengeluaran susu dibawah pengurusan yang baik di Malaysia boleh mencapai lebih 3 kg/hari (Purata 2 – hampir 5kg/hari) atau pun 500 kg – 1200 kg untuk tempoh laktasi 250 hari (purata 800 kg). Kandungan butterfat susu 3-4%.

KAMBING TOGGENBURG

Toggenburg juga berasal dari Switzerland dan dipercayai baka kambing tenusu yang tertua diketahui. Ia dipercayai baka tenusu yang paling kecil (didalam kelasnya) tetapi padat. Namanya mengambil nama lembah Toggenburg di daerah Obertoggenburg, Switzerland.
Kambing susu yang amat popular selepas Saanen terutama di Amerika Syarikat. Togs merupakan ternakan yang robust, aktif dan sentiasa bertenaga. Warnanya dari coklat kekuningan (light fawn) ke coklat gelap. Terdapat jalur putih dari mata ke muzzle, hujung telinga, lutut ke kaki serta belakang/pinggul (rump) dan ekor. Ketinggian yang ideal ialah 79 sm untuk Doe dan 90 sm untuk Buck. Ciri-ciri lain seperti berat lahir dan pengeluaran susu begitu menghampiri Saanen. Purata butterfat susu 3.7%.

KAMBING BRITISH ALPINE

Baka British Alpine dikembangkan di Great Britian pada awal 1900an. British Alpine merupakan binatang yang berbadan tinggi, ranggi dan berpenampilan anggun.. Telinga tegak dengan sedikit mengarah ke depan. Belakang lurus dengan sedikit tinggi dibahagian pinggul. Kakinya kuat dan lurus. Pengeluar susu yang baik , amat sesuai dinegara beriklim sejuk dan tidak sesuai dipersekitaran yang mempunyai kelembapan udara yang tinggi. British Alpine berwarna hitam dengan jalur putih dimuka. Bulunya pendek, halus dan berkilat. Kambing jantan selalunya mempunyai bulu yang lebih panjang.Tinggi yang ideal adalah 83 sm untuk Doe dan 95 sm untuk Buck.

KAMBING ANGLO NUBIAN

Badan lebih besar dan tinggi dari kambing kacang Tanduk yang melentur ke atas dan ke belakang, Bulunya agak lebat di bahagian punggung dan daerah leher. Bulunya agak kusut dan bewarna campuran hitam dan kekuningan.
Tahan lasak dan mudah sesuai dengan alam sekitar. Dwiguna-daging/pengeluaran susu .
Berbadan besar, telinga panjang dan melampai ke bawah. Hidung melengkung ke bawah dan kaki yang panjang dengan purata ketinggian badannya 80 cm. Kebiasaannya tidak mempunyai tanduk, bulu badan yang pendek. Bulu coklat kemerahan tompok-tompok kemerahan seperti warna rusa, coklat putih, warna gelap atau kombinasi warna-warna tersebut.

Friday, January 2, 2009

How to contact and make order/s

Pls call :

lan 012-6342636
nita 013-2321694

terima kasih

Picture of the "kambing"
















Some picture of the kambing baka "cross" ..

Gambar kandang kambing di Temerloh







Just to share some of the picture of the "kandang"

Qurban : Pengertian Qurban

Qurban : Pengertian Qurban
Dari segi bahasa, qurban bermaksud sesuatu yang dikorbankan kerana Allah subhanahu wata‘ala.
Dari sudut syara‘, qurban bermaksud menyembelih binatang yang tertentu pada masa-masa yang tertentu dengan niat mendekatkan diri kepada Allah subhanahu wata‘ala.
PENSYARI‘ATAN DAN HIKMAHNYA

Qurban telah disyari‘atkan pada tahun kedua hijrah sama seperti ibadah zakat dan sembahyang Hari Raya.
Firman Allah subhanahu wata‘ala:
{ فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ }
Maksudnya:“Maka kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu dan sembelihlah qurban (sebagai tanda syukur)”(Surah Al-Kauthar 108:2)
Hikmah disyari‘atkan qurban ialah sebagai tanda bersyukur kepada Allah subhanahu wata‘ala di atas segala nikmatNya yang berbagai dan juga di atas kekalnya manusia dari tahun ke tahun.
Ia juga bertujuan menjadi kifarah bagi pelakunya, sama ada disebabkan kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan ataupun dengan sebab kecuaiannya dalam menunaikan kewajipan di samping memberikan kelegaan kepada keluarga orang yang berqurban dan juga mereka yang lain.
Qurban tidak memadai dengan menghulurkan nilai harganya, berbeza dengan ibadah zakat fitrah yang bermaksud memenuhi keperluan golongan fakir, Imam Ahmad dikatakan menyebut amalan menyembelih qurban adalah lebih afdhal daripada bersedekah dengan nilai harganya.
HUKUM MELAKUKAN QURBAN

Hukum melakukan qurban ialah sunnah mu’akkadah bagi sesiapa yang mampu melakukannya.
Sabda Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam yang bermaksud:
“Aku diperintahkan agar menyembelih qurban dan ia sunat bagi kamu”(Riwayat Tirmizi)

PEMBAHAGIAN IBADAH QURBAN

Terdapat dua jenis qurban iaitu qurban wajib dan qurban sunat.
Qurban Wajib
Qurban Nazar.
Contohnya apabila seseorang menyebut, “Kerana Allah wajib ke atasku berqurban seekor kambing atau seekor unta ini” ataupun dengan menyebut, “Aku jadikan kambing ini sebagai qurban”
Sama sahaja hukumnya dalam hal sama ada yang menyebutnya itu seorang yang kaya ataupun seorang fakir.
Binatang yang dibelikan untuk tujuan qurban oleh seorang fakir. Apabila seorang fakir membeli seekor kambing dengan niat untuk diqurbankan, maka ia menjadi wajib. Ini kerana membeli dengan tujuan berqurban oleh seseorang yang tidak wajib melakukannya dikira wajib kerana perbuatan ini dikira sebagai satu nazar.
Qurban Sunat
Qurban sunat ialah qurban yang dilakukan oleh seseorang yang berkemampuan melakukannya sama ada miskin ataupun yang bermusafir, yang tidak berniat nazar atau membeli dengan tujuan qurban.
SYARAT-SYARAT QURBAN

Syarat qurban dapat dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:
Syarat Wajib/Sunat Qurban.
Syarat Sah Qurban.
Syarat Mereka Yang Dituntut Berqurban.

Syarat Wajib/Sunat Qurban

1. Untuk dijadikan ibadah qurban wajib ataupun sunat adalah disyaratkan dia mampu melaksanakannya.
2. Orang yang dianggap mampu ialah mereka yang mempunyai harga untuk binatang qurban yang lebih daripada keperluannya dan keperluan mereka yang di bawah tanggungannya untuk hari raya dan hari–hari tasyrik kerana inilah tempoh masa bagi melakukan qurban tersebut.
3. Kedudukannya sama seperti dalam masalah zakat fitrah, mereka mensyaratkan ia hendaklah merupakan yang lebih daripada keperluan seseorang juga keperluan mereka yang di bawah tanggungannya pada hari raya puasa dan juga malamnya sahaja.

Syarat Sah Qurban

7. Hendaklah binatang yang diqurbankan itu tidak mempunyai sebarang kecacatan yang menyebabkan kekurangan kuantiti dagingnya ataupun menyebabkan kemudharatan terhadap kesihatan. Contohnya cacat yang teruk pada salah satu matanya, berpenyakit yang teruk, tempang atau kurus yang melampau.
8. Hendaklah qurban itu dalam masa yang tertentu iaitu selepas sembahyang Hari Raya Haji pada 10 Zulhijjah hingga sebelum terbenam matahari pada akhir Hari Tasyrik iaitu pada 13 Zulhijjah.
9. Hendaklah disembelih oleh orang Islam.
10. Orang yang berkongsi mengorbankan unta atau lembu tidak lebih dari tujuh orang di mana masing–masing menyumbang 1/7 bahagian.
Syarat Mereka Yang Dituntut Berqurban
Islam.
Merdeka.
Aqil Baligh.
Bermukim atau Musafir.
Berkemampuan.

WAKTU PELAKSANAAN IBADAH QURBAN

Waktu bagi menyembelih qurban bermula setelah selesai sembahyang Hari Raya dan bacaan khutbahnya iaitu setelah naik matahari sekadar segalah. Masanya berterusan siang dan malam sehingga Hari Tasyrik yang akhir iaitu sebelum terbenam matahari pada hari tersebut. Ini berdasarkan hadis Nabi yang diriwayat oleh Al-Barra’ bin ‘Azib :
“Perkara pertama yang kita mulakan pada hari ini ialah bersembahyang, kemudian kita balik dan melakukan penyembelihan qurban. Sesiapa yang melakukan demikian maka dia telah menepati sunnah kami. Sesiapa yang menyembelih sebelum itu, maka ia merupakan daging yang disediakan untuk ahli keluarganya. Ia tidak dikira sebagai ibadah khas (qurban) ini sedikit pun.”
BINATANG QURBAN

Perbincangan tentang binatang qurban ini meliputi empat perkara :
Jenis binatang yang diqurban.
Umur binatang qurban.
Kadar binatang yang disembelih.
Sifat–sifat binatang qurban.
1. Jenis Binatang Yang Diqurban

Para ulama’ sependapat bahawa ibadah qurban tidak sah kecuali dengan menggunakan binatang an‘am, iaitu binatang jinak yang berkaki empat seperti unta, lembu dan kerbau, kambing biri–biri dan semua yang termasuk dalam jenisnya, sama ada jantan atau betina. Oleh itu, tidak sah berqurban dengan menggunakan binatang yang lain daripada binatang an‘am ini seperti kerbau liar dan kijang.
Firman Allah subhanahu wata‘ala:
{ وَلِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنسَكًا لِّيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَى مَا رَزَقَهُم مِّن بَهِيمَةِ اْلأَنْعَمِ }
Maksudnya:“Dan bagi tiap-tiap satu umat, Kami syari‘atkan ibadah menyembelih qurban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka: binatang-binatang ternak yang disembelih itu.”(Surah Al-Hajj 22:34)
Tidak terdapat sebarang dalil sama ada yang dinaqalkan daripada Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam atau sahabat yang menunjukkan mereka berqurban dengan binatang selain daripada binatang-binatang ternakan (an‘am) ini. Oleh kerana qurban merupakan satu ibadah yang dikaitkan dengan binatang, maka ia hanya ditentukan kepada binatang an‘am sahaja sama seperti ibadah zakat.
Adapun binatang yang lebih afdhal diqurban ialah unta diikuti dengan lembu kemudian biri-biri atau kibasy kemudian kambing. Ini memandangkan kuantiti dagingnya yang lebih banyak bagi maksud pengagihan yang lebih meluas untuk fakir miskin.
Nabi sallallahu ‘alayhi wasallam juga telah bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat dengan mandi junub, kemudian dia pergi (ke Jumaat) maka dia seolah-olah telah berqurban seekor unta. Sesiapa yang pergi pada saat kedua maka dia seolah-olahnya berqurban dengan seekor lembu. Sesiapa yang pergi pada saat ketiga maka dia seolah-olah berqurban dengan seekor kibasy yang bertanduk.”
2. Umur Binatang Qurban

Umur binatang yang hendak diqurbankan berbeza-beza mengikut jenis binatang iaitu:
Unta disyaratkan telah berumur lima tahun dan masuk ke umur enam tahun.
Kambing dan lembu disyaratkan telah berumur dua tahun dan masuk ke umur tiga tahun.
Kibasy disyaratkan telah memasuki umur dua tahun.
Bagi anak unta, lembu, kambing dan kibasy yang telah berumur dua tahun lebih (yang telah bersalin gigi) harus dijadikan qurban.
3. Kadar Binatang Yang Disembelih

Para fuqaha’ bersepakat mengatakan bahawa seekor kambing atau kibasy hanya mencukupi sebagai qurban untuk seorang sahaja. Seekor unta atau lembu pula mencukupi untuk menjadi qurban bagi tujuh orang. Ini berdasarkan hadith Jabir:
“Kami berqurban bersama Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam semasa di Hudaybiyah dengan seekor unta atau seekor lembu untuk tujuh orang.”
Dalam riwayat Muslim pula menyebut :
“Kami keluar bersama Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam dan kami berniat Haji. Maka Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam telah memerintahkan kami supaya berkongsi mengurbankan seekor unta atau seekor lembu. Setiap tujuh orang berkongsi seekor unta.”

4. Sifat–Sifat Binatang Qurban

Sifat–sifat binatang qurban sama ada betina atau jantan yang digariskan oleh syara‘ adalah seperti berikut:
Terang penglihatannya iaitu tidak buta.
Tidak cacat seperti kudung kaki, putus ekornya, terpotong hidungnya atau sebagainya.
Gemuk, tidak harus pada binatang yang terlalu kurus.
Ciri-ciri yang afdhal terdapat pada binatang qurban itu:
Gemuk pada keseluruhan anggotanya.
Bertanduk.
Putih warna bulunya (pada kibasy).
Jantan.
Sifat yang makruh pada binatang qurban:
Rabit telinganya.
Terpotong sedikit bahagian belakang atau depan telinganya.
Tidak mempunyai tanduk sejak asalnya.
Patah tanduk sebelah atau keduanya atau pecah bahagian tanduknya.
Tanggal sebahagian giginya disebabkan tua atau jatuh.
Kabur penglihatannya.

PERKARA SUNAT KETIKA BERQURBAN

Sunat menambat binatang yang hendak diqurbankan itu beberapa hari sebelum disembelih.
Digantung tanda pada binatang yang hendak diqurbankan.
Dibawa dengan baik dan ihsan ketika ke tempat penyembelihan.
Disunatkan juga orang yang berqurban menyembelihnya.
Sunat dihadapkan ke arah qiblat ketika menyembelih qurban.
Sunat memilih binatang yang paling gemuk, terelok dan terbesar untuk dijadikan qurban.
Sunat digunakan alat yang paling tajam dan diperbuat daripada besi.
Setelah selesai disembelih maka sunat ditunggu sehingga binatang yang disembelih itu sejuk dan semua anggota tidak bergerak lagi.
Sunat bagi mereka yang mahu melakukan qurban tidak bercukur dan tidak memotong kukunya setelah tiba bulan Zulhijjah sehingga telah selesai berqurban.
Binatang qurban sunat dibaringkan di atas rusuk kiri sebelum dilakukan penyembelihan.
Sunat ketika sembelihan qurban dilakukan adalah seperti berikut:
Membaca basmalah.
Bersalawat ke atas Nabi Muhammad.
Binatang diarahkan ke arah qiblat.
Bertakbir sebelum atau selepas membaca basmalah.
Berdoa.
12. Orang yang berqurban hendaklah membaca doa seperti berikut :
“Ya Allah, ini adalah nikmat yang datang dariMu dan dengannya aku mohon untuk dapat mendampingiMu.”
13. Sunat wakil yang melakukan sembelihan menyebutkan orang yang mewakilkannya seperti:
“Dengan nama Allah dan Engkau Yang Maha Besar, ini daripadaMu dan untukMu. Terimalah Ya Allah daripada si pulan, si pulan.....”

PERKARA MAKRUH KETIKA BERQURBAN

Berlaku kasar kepada binatang yang hendak diqurbankan seperti mengheret atau memukul semasa membawa ke tempat sembelihan atau seumpamanya.
Memerah susu atau menggunting bulu atau mengambil sebarang faedah dari binatang yang hendak dijadikan qurban.
Tidak menghadapkan ke arah qiblat semasa sembelihan dilakukan.
Bercukur atau memotong kuku setelah tiba bulan Zulhijjah hingga penyembelihan qurban selesai dijalankan.
Binatang yang telah dibeli untuk tujuan qurban adalah makruh dijual kerana ia telah ditentukan untuk qurban.

HUKUM DAGING QURBAN

Qurban yang wajib iaitu yang dinazarkan ataupun yang ditentukan sama ada dengan menyebut, “Ini adalah qurban”, maka orang yang berqurban tidak boleh memakannya. Dia wajib menyedekahkan semuanya sekali.
Anak kepada binatang qurban yang ditentukan juga, perlu disembelih seperti ibunya, tetapi bezanya ia boleh dimakan kesemuanya oleh tuan yang mengurbankannya kerana disamakan dengan hukum susu, kerana tuannya harus meminum susu binatang qurban yang selebih daripada anaknya walaupun perbuatan itu makruh.
Bagi qurban sunat, maka tuannya sunat memakannya, iaitu yang afdhalnya dia hendaklah memakannya beberapa suap sebagai mengambil berkat. Ini bersesuaian dengan firman Allah subhanahu wata‘ala:
{ فَكُلُواْ مِنْهَا وَأَطْعِمُواْ الْبَآئِسَ الْفَقِيرَ }
Maksudnya:“Dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang qurban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.”(Surah Al-Hajj, 22:28)
Hadith yang diriwayatkan oleh Al-Bayhaqi pula ada menyebut bahawa Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam telah memakan sebahagian daripada hati binatang qurbannya. Hukum memakan daging qurban pula tidak wajib, ini berdasarkan firman Allah subhanahu wata‘ala:
{ وَالْبُدْنَ جَعَلْنَهَا لَكُم مِّن شَعَآئِرِ اللَّهِ لَكُمْ فِيهَا خَيْرٌ }
Maksudnya:“Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syi‘ar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu.”(Surah Al-Hajj, 22:36)
Dalam ayat ini Allah menjelaskan bahawa ia dijadikan untuk kita. Setiap perkara yang dijadikan untuk manusia, maka dia diberi pilihan sama ada mahu memakannya atau tidak.
Orang yang berqurban juga boleh menjamu kepada kalangan yang kaya, tetapi tidak boleh diberi milik kepada mereka. Yang boleh cuma dihantar kepada mereka sebagai hadiah yang mana mereka tidak akan menjualnya atau sebagainya.
Mengikut pendapat dalam qawl jadid, orang yang berqurban boleh memakan sebahagian daripada qurbannya. Mengikut qawl qadim pula harus memakan sebanyak separuh, manakala bakinya hendaklah disedekahkan.
Sebahagian ulama’ berpendapat daging qurban dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu 1/3 daging disedekahkan dalam keadaan mentah, 1/3 daging dimasak dan dibuat jamuan dan 1/3 daging dimakan oleh orang yang berqurban.
Pendapat yang asah pula, adalah wajib bersedekah dengan sebahagian daripada daging qurban walaupun sedikit kepada orang Islam yang fakir walaupun seorang. Walaubagaimanapun, yang lebih afdhal hendaklah disedekahkan kesemuanya kecuali memakannya beberapa suap untuk mengambil keberkatan seperti yang telah dijelaskan.
Bagi qurban sunat pula, orang yang berqurban boleh sama ada bersedekah dengan kulit binatang tersebut atau menggunakan sendiri, seperti mana dia harus mengambil faedah daripada binatang itu semasa hidupnya. Tetapi bersedekah adalah lebih afdhal. Bagi qurban yang wajib pula, kulit binatang itu wajib disedekahkan.
Qurban juga tidak harus dibawa keluar dari negeri asalnya sebagaimana yang ditetapkan dalam masalah membawa keluar zakat.


MELAKUKAN ‘AQIQAH

Hukum melakukan ‘aqiqah ialah sunnah mu’akkadah bagi orang yang menanggung sara hidup kanak-kanak tersebut. Jika anak itu lelaki disunatkan menyembelih dua ekor kambing, manakala jika anak itu perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing. Binatang seperti lembu, kerbau atau unta boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.
WAKTU PELAKSANAAN ‘AQIQAH

Waktu melakukan ‘aqiqah adalah dari hari kelahiran kanak-kanak itu sehinggalah ia baligh. Masa yang paling afdhal untuk melakukan ‘aqiqah adalah pada hari ketujuh kelahiran kanak-kanak tersebut.
Sabda Rasullullah sallallahu ‘alayhi wasallam:
كُلُّ غُلاَمٍ رَهِيْنَةٌ بِعَقِيْقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ , وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى .
Maksudnya: "Setiap bayi itu tergadai dengan ‘aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama."(Riwayat Abu Daud)
SYARAT ‘AQIQAH

Berniat ‘aqiqah ketika menyembelih.
Hendaklah binatang tersebut tidak ada cacat yang boleh mengurangkan dagingnya serta sampai umur.
PERKARA SUNAT SEMASA ‘AQIQAH

Berdoa semasa hendak menyembelih: بِسْمِ اللهِ ، اَللهُ أَكْبَرُ ، اَللَّهُمَّ هَذَا مِنْكَ وَإِلَيْكَ عَقِيْقَةٌ ... (sebut nama anak)Maksudnya: "Dengan nama Allah, Allah Maha Besar. Ya Allah, binatang ini daripada-Mu dan kembali kepada-Mu, ini ‘aqiqah…".
Menyembelih ketika matahari sedang naik.
Daging ‘aqiqah dimasak terlebih dahulu sebelum disedekahkan.
Tidak mematah-matahkan tulang-tulang daripada binatang ‘aqiqah, hanya mencerai-ceraikan sendi-sendinya.
Menyedekahkan daging ‘aqiqah kepada fakir miskin.
Memasak daging ‘aqiqah dengan cara gulai manis untuk dihidangkan kepada tetamu.

PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN KETIKA MENYAMBUT KELAHIRAN ANAK
Mengazankan di telinga sebelah kanan anak yang baru lahir.
Membaca iqamah di telinga sebelah kirinya.
Membaca doa di kedua-dua belah telinganya, contohnya membaca surah Al-Ikhlas.
Menyapu lelangit kanak-kanak tersebut dengan benda-benda yang manis seperti buah tamar atau pisang.
Menamakan kanak-kanak tersebut dengan nama-nama yang baik pada hari ketujuh kelahirannya.
Mengadakan jamuan dan doa kesyukuran sempena kelahirannya.
Mencukur rambut kanak-kanak tersebut selepas menyembelih ‘aqiqah untuknya.
Memberi sedekah emas atau perak seberat rambut kanak-kanak yang dicukur itu atau wang yang sama nilai dengan emas atau perak tersebut.
Menyedekahkan daging ‘aqiqah kepada fakir miskin.

HIKMAH ‘AQIQAH

‘Aqiqah mengandungi beberapa hikmah, antaranya:
Sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah kerana telah mengurniakan anak.
Untuk mengisytiharkan kepada masyarakat umum tentang anugerah yang dikurniakan oleh Allah.
Untuk memulakan kehidupan anak dengan perkara-perkara kebaikan.
Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli masyarakat dengan keluarga yang dikurniakan anak.
Melahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah.
Perbezaan antara ‘aqiqah dan qurban.
Terdapat beberapa perbezaan antara ‘aqiqah dengan qurban:
‘Aqiqah tidak terikat pada masa tertentu, sedangkan qurban dilakukan pada masa-masa tertentu, iaitu selepas sembahyang dan khutbah Hari Raya ‘Aidil Adha hingga 13 Zulhijjah.
Daging ‘aqiqah boleh diberi milik kepada orang kaya manakala daging qurban hanya boleh diberi kepada fakir miskin.
‘Aqiqah dilakukan sempena menyambut kelahiran anak sebagai tanda kesyukuran kepada Allah, manakala qurban dilakukan kerana memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Isma‘il.
Daging qurban sunat disedekahkan secara mentah, sedangkan daging ‘aqiqah sunat disedekahkan setelah dimasak.

Penyembelihan : Pengertian Penyembelihan

Penyembelihan : Pengertian Penyembelihan
Penyembelihan dari segi bahasa bererti potong atau belah bagi menghilangkan nyawa binatang.
Dari segi syara‘ bermaksud menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan menggunakan alat yang tajam selain dari kuku, gigi, dan tulang untuk membolehkan haiwan itu halal dimakan oleh orang Islam.
Sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam :
Maksudnya:
“Sembelihan adalah di antara pangkal dagu dan pangkal leher”
(Riwayat Ibnu ‘Abbas)
HUKUM PENYEMBELIHAN
Hukumnya wajib dilakukan ke atas sesuatu haiwan itu untuk membolehkan ia halal dimakan.
Haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum Islam diistilahkan sebagai bangkai dan najis.
Firman Allah subhanahu wata‘ala:
Maksudnya:“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain daripada Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya)” (Surah Al-Ma’idah 5:3)
DALIL PENSYARI‘ATAN PENYEMBELIHAN
Firman Allah subhanahu wata‘ala:
Maksudnya:“Maka makanlah dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika betul kamu beriman kepada ayat-ayatNya.”(Surah Al-An‘am, 6:118)
Sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah mewajibkan untuk berbuat baik terhadap sesuatu. Oleh kerana itu, jika kamu membunuh, perbaikkanlah cara membunuhnya, apabila kamu menyembelih maka perelokkanlah cara penyembelihannya serta tajamkanlah pisaunya dan mudahkanlah penyembelihannya itu.”(Riwayat Muslim)
RUKUN PENYEMBELIHAN
Penyembelih:
a) Islam sama ada lelaki atau perempuan atau kanak-kanak yang mumayyiz.
b) Ahli kitab, samada Yahudi atau Nasrani.
c) Berakal dan berfikiran waras.
d) Tidak melakukan penyembelihan di dalam ihram haji (bagi binatang buruan).
Binatang Yang Disembelih:
Binatang yang halal itu segala jenis binatang yang baik dan tidak mendatangkan mudharat kepada orang yang memakannya seperti ayam, itik, lembu dan sebagainya. Binatang yang tidak halal dimakan dibahagikan kepada dua kumpulan:
a) Haiwan darat. Semua haiwan darat dihalalkan untuk orang Islam, kecuali seperti berikut:
Babi dan keturunannya.
Anjing.
Haiwan halal yang tidak disembelih mengikut hukum syara‘
Haiwan yang bertaring dan menggunakannya untuk mencakar dan membunuh iaitu haiwan-haiwan buas seperti harimau, beruang, gajah dan seumpamanya
Burung yang mempunyai kuku pencakar atau memakan secara menyambar seperti burung helang, gagak, dan sebagainya.
Haiwan-haiwan yang diperintah oleh Islam membunuhnya, iaitu seperti tikus, lipan, lipas, kala jengking, dan seumpamanya
Haiwan yang dilarang oleh Islam membunuhnya, iaitu seperti semut dan lebah.
Haiwan-haiwan yang dipandang jijik oleh umum, seperti kutu, lalat, ulat, dan seumpamanya.
Haiwan yang hidup dua alam, iaitu di air dan di darat seperti katak, buaya, kura-kura, dan sebagainya.
b) Haiwan Laut. Pada hakikatnya, semua haiwan laut hanya hidup dalam air sahaja dan adalah halal bagi orang Islam, kecuali:
Semua jenis haiwan laut yang mengandungi racun.
Semua jenis haiwan laut yang boleh memabukkan jika dimakan; dan semua jenis haiwan laut yang boleh mendatangkan kemudharatan atau bahaya kepada kesihatan manusia.
Alat Penyembelihan:
Alat penyembelihan yang hendak digunakan mestilah tajam, boleh melukakan, dan mengalirkan darah binatang tersebut. Contohnya seperti pisau, parang, dan sebagainya.
Alat tersebut mestilah tidak boleh diperbuat daripadaa gigi, tulang, atau kuku.
Bahagian Yang Disembelih:
Sembelihan yang sah hendaklah memutuskan halqum (saluran pernafasan) dan mari’ (saluran makanan dan minuman) dan memutuskan vena jagular dan arteri karotid. Hukum memutuskan halkum dan mari’ adalah wajib manakala memutuskan vena jagular dan arteri karotid adalah sunat.
Bagi haiwan yang tidak dapat disembelih pada leher kerana sesuatu sebab seperti haiwan buruan, maka adalah dibolehkan penyembelihan pada mana-mana bahagian anggotanya. Ini adalah untuk mematikannya dengan syarat niat menyembelih.
SYARAT SAH PENYEMBELIHAN
Syarat sah penyembelihan adalah seperti berikut:
Penyembelihan dilakukan oleh orang Islam atau ahli kitab.
Dilakukan dengan niat menyembelih kerana Allah.
Binatang itu masih hidup ketika disembelih.
Binatang itu adalah halal dimakan.
Menggunakan alat yang tajam selain dari kuku, gigi dan tulang.
Putus halqum dan urat mari’ dengan sebab penyembelihan.
Mati dengan sekali sembelihan sahaja.
Tidak dilakukan penyembelihan kerana selain dari Allah.
Tidak dilakukan dalam ihram (binatang buruan darat).
Tambahan: Sejajar dengan perkembangan semasa penyembelihan bagi tujuan komersil mesti dilakukan oleh orang yang mendapat sijil tauliah penyembelihan dari Jabatan Agama Islam Negeri.
PERKARA SUNAT SEMASA PENYEMBELIHAN
Membaca basmalah.
Menghadap binatang tersebut ke arah qiblat.
Membaca salawat ke atas Nabi.
Memutuskan dua urat dari kiri dan kanan supaya cepat mati.
Menggunakan pisau yang tajam.
Binatang itu dibaringkan di atas rusuk kiri.
Melakukan penyembelihan dengan segera.
PERKARA MAKRUH SEMASA PENYEMBELIHAN
Mengasah pisau di hadapan binatang yang hendak disembelih.
Menyembelih hingga terputus kepala.
Penyembelihan dilakukan oleh orang perempuan.
HIKMAH PENYEMBELIHAN

Penyembelihan diwajibkan ke atas setiap haiwan yang halal dimakan oleh orang Islam untuk memastikan sumber yang dimakan dapat memberikan kesan positif pada diri seseorang muslim itu dari segi mental, fizikal, sikap, atau perwatakan, dan sebagainya.
Sesuatu yang bersumberkan yang haram, buruk dan najis lazimnya akan menghasilkan sesuatu keburukan yang lain pula. Selain itu, penyembelihan juga dapat memberikan banyak kebaikan dan hikmat. Antaranya adalah seperti berikut:
Untuk menunjukkan perbezaan yang nyata antara cara orang Islam dan cara orang kafir dalam soal mematikan haiwan.
Untuk menunjukkan perbezaan daging yang halal dimakan dan yang haram dimakan oleh orang Islam.
Untuk memastikan haiwan tersebut tidak mengalami kesakitan yang terseksa ketika disembelih kecuali dalam masa yang singkat.
Agar darah dari dalam haiwan berkenaan dapat mengalir dengan cepat. Ini seterusnya dapat mengelakkan daripada jangkitan kuman yang mungkin ada dalam darah haiwan tersebut. Sebagai meminta keizinan dari Allah subhanahu wata‘ala kerana haiwan dan manusia adalah makhluk Allah subhanahu wata‘ala yang bernyawa.

Blog for ternakan2u.com


Feel free to surfs, comments and make orders .. hehe